Afrika Selatan berdepan krisis bajet

Afrika Selatan berdepan krisis bajet

CAPE TOWN, 24 Feb (AFP) – Menteri Kewangan Afrika Selatan hari ini menjaga keseimbangan ketika beliau membentangkan belanjawan yang diawasi secara dekat oleh agensi-agensi perkadaran yang hampir menurunkan taraf hutang negara itu kepada status tidak elok.

Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia meramalkan pertumbuhan Afrika Selatan tahun ini akan menurun kepada kurang satu peratus, jauh di bawah tahap yang diperlukan untuk menangani pengangguran yang berada pada 25 peratus.

Menteri Pravin Gordhan berdepan dengan tindakan pengimbangan sukar dalam cuba dapat diterima oleh dunia kewangan dan kerajaan yang berdepan pengundi dalam pilihan raya perbandaran tahun ini.

“Menteri dalam kedudukan sukar dengan ruang fiskal yang sangat rumit dan malah ruang politik yang kurang, yang ada untuk memberi respons kepada krisis ekonomi dan risiko penurunan taraf kepimpinan di Afrika Selatan,” kata menteri kewangan dari Gabungan Demokratik David Maynier.

Pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan dan kenaikan cukai diramalkan, di sebalik pertumbuhan rendah, pengangguran tinggi dan kemiskinan meluas di ekonomi paling berkembang di Afrika.

Menteri Kewangan Afrika Selatan Pravin Gordhan membentangkan bajet 2016 di sidang parlimen di Cape Town. – Reuters
Menteri Kewangan Afrika Selatan Pravin Gordhan membentangkan bajet 2016 di sidang parlimen di Cape Town. – Reuters

“Kami menjangka campuran pertambahan cukai dan pengurangan perbelanjaan untuk mengimbangi perbelanjaan lebih tinggi untuk pendidikan dan kos perkhidmatan hutang dan juga impak dari pertumbuhan lebih rendah pada hasil,” kata kumpulan perkhidmatan kewangan Nomura.

“Bagaimanapun, kami berpendapat pengurangan melalui pusingan banyak, belanjawan akan gagal memberikan dengan boleh dipercayai pada laluan pembaharuan struktural mikroekonomi, pro pertumbuhan dan yang lebih luas.”

Meraih keyakinan dari agensi pengkadaran yang membantu memastikan banyak dibayar oleh negara-negara untuk meminjam wang menjadi sukar lagi apabila Presiden Jacob Zuma mengejutkan pasaran pada Disember dengan memecat dua menteri kewangan dalam tempoh empat hari.

ARTIKEL YANG SAMA