Afrika Tengah undi untuk keamanan

Afrika Tengah undi untuk keamanan

BANGUI, 14 Feb – Republik Afrika Tengah mengundi kelmarin dalam pilihan raya yang dilihat sebagai langkah perlu bagi mengekalkan peraturan demokratik dan menamatkan keganasan yang mengakibatkan negara itu berbalah dalam kegamaan.

Dua bekas perdana menteri, Fautin-Archang Touadera dan Anicet-Georges Dologuele, adalah calon bagi perebutan presiden sementara pihak berkuasa berusaha untuk mengendalikan semula undian perundangan pusingan pertama yang dibatalkan kerana tidak sama.

Republik Afrika Tengah, salah satu negara yang tidak stabil, terheret dalam krisis terburuk dalam sejarahnya pada awal 2013, apabila pejuang yang kebanyakannya Muslim Seleka, menggulingkan Presiden Francois Bozize.

Militia-militia Kristian memberikan respon terhadap penyeksaan Seleka, menyerang komuniti minoriti Islam. Beribu maut dalam pertumpahan darah tersebut, dan salah satu di lima Afrika Tengah melarikan diri, sama ada dalam negara atau ke luar negara.

‘Kami menjangka presiden baru untuk melucutkan senjata pejuang jadi kami boleh pulang,’ kata Emilienne Namsona, 47, yang melarikan diri adpa 2013 ke kem penempatan M’poko, tempat kepada sekitar 23,000 pelarian dalam negara berhampiran lapangan terbang di ibu negara, Bangui. ‘Ini adalah penting kerana kami terseksa di Republik Afrika Tengah. Kami mahu kedamaian. Kami akan mengundi bagi kedamaian,’ katanya.

Penyokong Republik Afrika Tengah berkumpul pada pusingan kedua calon presiden , Anicet Georges Dologuele, dan memegang gambar beliau semasa kempen presiden, di stadium Bangui. – AFP
Penyokong Republik Afrika Tengah berkumpul pada pusingan kedua calon presiden , Anicet Georges Dologuele, dan memegang gambar beliau semasa kempen presiden, di stadium Bangui. – AFP

Kehadiran hampir 80 peratus bagi undian pusingan pertama pada Disember adalah dilihat sebagai penolakan popular keganasan, yang menyaksikan timur laut itu dibawah kawalan pemberontak Islam sementara militia-milita Kristian ke barat daya. Dologuele, seorang pekerja bank, dan profesor matematik terlatih, Touadera memulihkan kedamaian dan keselamatan bagi kempen presiden. Kedua calon adalah Kristian.

Touadera menggambarkan dirinya sebagau seorang anti korupsi, sementara Dologuele berikrar untuk menghidupkan semula ekonomi dan menarik pelabur sehingga sekarang untuk meneroka deposit signifikan, emas, berlian dan uranium. Bagaimana pun, ketika undian seharusnya membangunkan semula demokrasi selepas tiga tahun pentadbiran sementara yang tidak popular, pemerhati memberi amaran ke atas meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

Siapa pun memenangi presiden akan menghadapi tugasan yang getir bagi melanjutkan penguasaan negara di luar ibu negara, membangunkan semula tentera, menghidupkan ekonomi dan mengekalkan keselamatan di seluruh negara yang kebanjiran dengan senjata. – Reuters