AGC adakan derma darah

AGC adakan derma darah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Kumpulan Syarikat-syarikat Adinin (AGC), baru-baru ini, telah mengadakan kempen derma darah yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar, yang disertai lebih 100 orang.

Daripada jumlah orang yang datang untuk menderma darah, yang terdiri daripada kakitangan AGC, sektor kerajaan dan syarikat swasta lain, pelajar Universiti Brunei Darussalam dan orang perseorangan, hanya 85 sahaja layak untuk menderma darah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Penyelia Perubatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Haji Matusop bin Haji Daud, berkata seorang penderma darah boleh menyelamatkan tiga nyawa.

Menurut beliau lagi, dengan menderma darah sekurang-kurangnya dua atau tiga kali setahun, ia boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan kanser bagi penderma.

Salah seorang pegawai menderma darah.
Salah seorang pegawai menderma darah.

ARTIKEL YANG SAMA