Agensi PBB protes deportasi pelarian

Agensi PBB protes deportasi pelarian

BANGKOK, 18 Nov (Reuters) – Sebuah agensi PBB membantah deportasi Thailand ke atas dua orang pelarian ke China hari ini, mengatakan mereka tidak seharusnya dihantar pulang ke sebuah negara di mana nyawa mereka boleh jadi terancam.

Agensi Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian mengatakan dua individu itu memiliki ‘surat perlindungan’ PBB.

Mereka sedang menunggu untuk datang ke Kanada, selepas diterima sebagai pelarian pada masa mereka ditangkap oleh pihak berkuasa Thai.

“Orang-orang ini diiktiraf sebagai pelarian, bermakna mereka sudah ditemu bual dan dakwaan mereka dianiayai didapati sah,” jurucakap wanita bagi UNHCR serantau memberitahu Reuters.

“Mereka tidak seharusnya dihantar pulang ke tempat di mana nyawa mereka boleh jadi bahaya.”

Agensi pelarian itu bagaimanapun enggan menamakan aktivis atau kewarganegaraan mereka, namun seorang pegawai di Pusat Tahanan Imigresen di pusat bandar Bangkok memberikan perincian mengenai kes mereka.

ARTIKEL YANG SAMA