Agih 600 bungkus bubur kacang, derma anak yatim

Agih 600 bungkus bubur kacang, derma anak yatim

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 14 Julai – Sebanyak 600 bungkus bubur kacang telah diagihkan kepada orang ramai di sini hari ini dalam satu majlis penyerahan di Pusat Insani, Seria. Majlis Pengagihan Bubur Kacang kepada penduduk Mukim Seria dan kawasan sekitarnya yang diungkayahkan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Seria telah disampaikan oleh Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap.

Sebelum pengagihan, MPM Seria juga menyerahkan bantuan kepada enam orang masyarakat daif serta 50 orang anak-anak yatim yang tinggal di mukim berkenaan yang juga diserahkan oleh Penghulu Mukim Seria dan Ketua Kampung STKRJ Lorong Tiga Selatan, Seria, Haji Saidini bin Haji Ibrahim. Pengagihan bubur kacang merupakan salah satu aktiviti tahunan MPM tersebut dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lorong Tiga Selatan, RPN Panaga dan MPK Pekan Seria. Majlis seumpama itu diharap mendapat keberkatan dan pahala di sisi Allah Subhanahu Wata’ala terutamanya di bulan Ramadan ini.

Haji Jamail dan Haji Saidini serta ahli-ahli MPM Seria ketika acara penyerahan derma di Pusat Insani kelmarin.
Haji Jamail dan Haji Saidini serta ahli-ahli MPM Seria ketika acara penyerahan derma di Pusat Insani kelmarin.
Penghulu Mukim Seria menyerahkan derma kepada anak-anak yatim.
Penghulu Mukim Seria menyerahkan derma kepada anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA