Agih tanah untuk petani miskin

Agih tanah untuk petani miskin

BOGOTA, 3 Ogos (AFP) – Colombia menyasarkan untuk membeli tanah daripada pemilik persendirian dan mengagihkannya di kalangan rakyat miskin selepas tamatnya perang selama 50 tahun, menurut kerajaan semalam.

Kerajaan sudah melaksanakan rundingan damai sejak November 2012 dengan Angkatan Bersenjata Revolusioner Colombia (FARC), pemberontakan Amerika Latin terakhir dan paling lama.

Perang tersebut berakar umbi daripada kebangkitan dalam tahun 1960an oleh kalangan petani yang tidak memiliki tanah di negara yang terlalu luas jurang di antara golongan kaya dan miskin.

Konflik tersebut menyebabkan lebih 200,000 orang maut dan memaksa kira-kira enam juta orang meninggalkan kediaman masing-masing. Rancangan pembelian tanah itu diumumkan oleh Menteri Pertanian Aurelio Iragorri dalam temu ramah yang disiarkan semalam dengan akhbar El Tiempo.

Presiden Juan Manuel Santos akan membentangkan cadangan itu kepada kongres, menurut akhbar berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA