Agihan daging korban 4 daerah

Agihan daging korban 4 daerah

Oleh Siti Nur Wasimah S., Normazlina M.D, Hajah Saemah Kepli & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Selepas Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat Baginda diadakan pagi tadi, Majlis Pengagihan Daging-daging Korban Kepada Asnaf Fakir dan Miskin yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah diadakan di keempat-empat daerah.

Di Daerah Brunei dan Muara, seramai 4,224 orang asnaf fakir dan miskin yang terdiri daripada 1,099 orang ketua keluarga dan 3,125 ahli keluarga telah menerima agihan di majlis yang berlangsung di Dewan Muhibah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Pengagihan telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di Daerah Brunei dan Muara.

Pemangku Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Haji Maidin bin Mustapa, selaku pengerusi majlis dalam ucapannya menyarankan para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung agar dapat menyegerakan pengagihan daging-daging korban ini kepada golongan fakir miskin yang telah ditetapkan di mukim-mukin dam kampung masing-masing.

Awang Misle menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Daerah Brunei dan Muara.
Awang Misle menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Daerah Brunei dan Muara.

Majlis turut menyaksikan tetamu kehormat menyempurnakan pengagihan daging korban kepada 20 orang fakir miskin dari kampung-kampung di bawah Mukim Berakas ‘A’.

Di Daerah Tutong pula, seramai 526 orang yang terdiri daripada 112 orang ketua keluarga dan 414 tanggungan menerima agihan dalam majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir menyempurnakan pengagihan daging-daging korban berkenaan ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Haji Hassan bin Amat; Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Adanan bin Haji Adam; para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di Daerah Tutong.

Awang Wardi ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Daerah Tutong.
Awang Wardi ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Daerah Tutong.
Wakil dari Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyampaikan daging korban dan barang-barang keperluan asas kepada salah seorang penerima di Kampung Sinaut, Tutong.
Wakil dari Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyampaikan daging korban dan barang-barang keperluan asas kepada salah seorang penerima di Kampung Sinaut, Tutong.
Haji Haris menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Daerah Belait.
Haji Haris menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Daerah Belait.

Sementara itu, seramai 197 orang ketua keluarga bagi golongan asnaf fakir miskin di Daerah Belait telah menerima daging korban sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada majlis yang berlangsung di Dewan Bandaran Kuala Belait.

Pengagihan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman, sementara itu bagi ketua keluarga yang tidak hadir akan disampaikan oleh penghulu dan ketua kampung masing-masing.

Di Daerah Temburong, majlis seumpamanya telah diadakan di Dewan Utama Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar bagi seramai 37 orang ketua keluarga dengan 130 orang tanggungan.

Pengagihan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah selaku tetamu kehormat.

Haji Abdul Hamid ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Daerah Temburong. - Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Haji Abdul Hamid ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Daerah Temburong. – Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Abdullah bin Namit, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, para penerima serta ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Pengagihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat Diraja Tahun 2015 Masihi bagi Daerah Temburong.

Setiap ketua keluarga telah menerima satu kotak berisi daging ibadah korban, yang mana melalui pengagihan tersebut, hajat Baginda serta kerabat Baginda untuk beribadat korban pada Hari Raya Aidiladha akan sampai kepada penerima seperti yang Baginda hasratkan.

Sementara itu, pada tahun ini, atas inisiatif peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri, sebahagian daripada daging korban sunat Baginda dan kerabat Baginda ditambah dengan barang-barang keperluan asas, yang diagihkan kepada lebih 1,000 orang penerima yang memerlukan terdiri daripada fakir miskin di keempat-empat daerah yang dikendalikan oleh Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama jabatan-jabatan daerah.

ARTIKEL YANG SAMA