Agihan kepada 707 penerima

Agihan kepada 707 penerima

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Masjid Kampung Beribi, semalam, telah mengadakan pengagihan daging korban kepada 707 orang penerima pada majlis yang berlangsung di perkarangan masjid itu.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penasihat jawatankuasa penyelenggara Majlis Korban/Akikah Masjid Kampung Beribi, Dato Paduka Haji Othman bin Haji Ya’akub.

Menurut Bilal Masjid Kampung Beribi, Haji Abdullah bin Tahir, pengagihan daging korban dan akikah itu adalah kepada 543 orang awam, 100 ahli jawatankuasa, tujuh orang pekerja, tujuh orang fakir miskin, 49 peserta dan kepada tetamu kehormat.

Tetamu kehormat (tengah) menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima.
Tetamu kehormat (tengah) menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima.

“Pada tahun ini, sebanyak lapan ekor lembu telah dikorbankan oleh jawatankuasa masjid ini dan telah mengagihkan sejumlah 968 kilogram daging korban,” kata beliau.

Beliau menjelaskan, majlis itu merupakan acara tahunan masjid berkenaan bagi mengimarahkan lagi sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA