Agihan kepada saudara baru

Agihan kepada saudara baru

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 25 Sept – Seramai 20 orang penerima yang terdiri daripada asnaf fakir daripada kalangan saudara-saudara baru petang tadi menerima daging korban Persatuan Saudara-Saudara Baru Daerah Tutong (PESATU).

Pengagihan daging korban telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Turut hadir di majlis tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking selaku Penasihat Tetap PESATU dan Yang Di-Pertua PESATU, Haji Hasbie Azrol bin Abdullah Liat.

Majlis Pengagihan Daging Korban kepada Golongan Asnaf Fakir telah disempurnakan oleh Awang Hassan.
Majlis Pengagihan Daging Korban kepada Golongan Asnaf Fakir telah disempurnakan oleh Awang Hassan.

Penyembelihan haiwan korban PESATU diadakan di Kampung Lubok Pulau pagi tadi dimana kerja melapah daging kerbau dan sapi dibuat secara bergotong royong.

Majlis seumpama ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan PESATU dengan Kerjasama Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong, bertujuan menyemarakkan suasana Hari Raya Aidiladha dan untuk mengingati sesama masyarakat bahawa golongan asnaf fakir daripada kalangan saudara-saudara baru tidak dilupakan.

ARTIKEL YANG SAMA