Agnieszka lebih berhati-hati

Agnieszka lebih berhati-hati

DOHA, 25 Feb (AFP) – Pemain pilihan yang masih beraksi di Terbuka Qatar, Agnieszka Radwanska (gambar), menghindarkan nasib bagi kebanyakan pemain terbaik lain di Doha dan mara ke lapan kelompok terakhir semalam.

Pilihan ketiga itu memenangi dalam straight set 7-5, 6-1, ke atas Monica Niculescu dari Romania, untuk mengekalkan sebahagian ketenangan kepada pertandingan di mana kebanyakan pemain–pemain utama tersingkir pada pusingan pembukaan.

Pemain dari Poland itu mengatasi kedudukan yang berangin dan kesukaran set pertama di mana servis yang dilakukannya berjaya diatasi sebanyak dua kali, untuk mara ke suku akhir.

“Jadi, bagi kepastian (ia) bukanlah perlawanan mudah. Pesaing yang mengelirukan,” Radwanska memberitahu wartawan.

“Dua menjadikan saya bermain dengan baik, jadi saya merasa gembira untuk memenanginya dalam dua set.”

Agnieszka Radwanska of Poland celebrates defeating Garbine Muguruza of Spain during their women's singles semi-finals tennis match of the WTA Finals at the Singapore Indoor Stadium

Radwanska mencatatkan 31 kemenangan dan 15 unforced error sepanjang pertandingan.

Ditanya jika dia sekarang adalah pilihan untuk memenangi pertandingan setelah menyaksikan sekurang–kurangnya sembilan pemain pilihan tewas dalam tempoh dua hari, termasuk juara Terbuka Australia, Angelique Kerber, pilihan nombor dua, Simona Halep dan juara bertahan, Lucie Safarova, kata Radwanska pertandingan masih terbuka.

“Seperti yang kita tahu, setiap pertandingan memiliki kejutan dan sebahagian pemain–pemain terkemuka tersingkir pada pusingan lebih awal,” katanya.

“Tetapi ia tidak bermakna, ia akan menjadi mudah. Banyak nama-nama baru yang hadir sekarang, dan kami boleh melihat mereka melakukannya dengan baik. Saya rasa setiap pertandingan adalah sukar.”

Juara dua kali Wimbledon, Petra Kvitova, pilihan nombor lima, seorang lagi pemain yang tersingkir dari pertandingan itu semalam.

Pemain dari Czech itu tewas kepada Jelena Ostapenko dari Latvia dalam tiga set, 7-5, 2-6, 1-6.