Aguero belum cukup cergas

Aguero belum cukup cergas

LONDON, 16 Ogos (Reuters) – Penyerang Manchester City, Sergio Aguero kesuntukan masa untuk cergas sepenuhnya bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang juara bertahan Chelsea, malam ini.

Penjaring gol terbanyak City dengan 26 gol Liga Perdana tahun lalu terlepas hampir keseluruhan aksi pramusim kerana pembabitannya dalam Copa America bersama Argentina.

Bagaimanapun, dia masuk sebagai pemain gantian babak kedua ketika menang bergaya 3-0 ke atas West Bromwich Albion pada perlawanan pembukaan Liga Perdana, awal pagi Selasa lalu.

Aguero tidak pasti sama ada dia perlu berada dalam kalangan pemain gantian sekali lagi bagi pertemuan dengan Chelsea yang seri 2-2 di laman sendiri dengan Swansea City, Sabtu lalu.

“Sama ada saya bermula atau tidak, belum pasti lagi,” kata Aguero.

Aguero semasa beraksi menentang West Brom di The Hawthorns 10 Ogos lalu. – AFP
Aguero semasa beraksi menentang West Brom di The Hawthorns 10 Ogos lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA