Aguero harap dapat beraksi lawan Liverpool

Aguero harap dapat beraksi lawan Liverpool

LONDON, 12 Nov (Reuters) – Penyerang Manchester City, Sergio Aguero percaya dia akan kembali cergas selepas waktu rehat perlawanan antarabangsa dan menyasarkan pertemuan menentang Liverpool untuk membuat penampilan semula selepas pulih daripada kecederaan.

Aguero direhatkan sejak awal Oktober lalu ekoran kecederaan hamstring ketika beraksi bersama Argentina.

“Saya tidak berfikir terlalu jauh buat masa sekarang. Secara fizikalnya, saya semakin baik dan akan cuba mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh pemulihan ini.

“Saya perlu bekerja keras untuk seminggu lagi dan jika tidak minggu ini, mungkin minggu hadapan, saya berharap dapat menyertai rakan-rakan lain dalam sesi latihan dan sasaran saya pada waktu ini ialah perlawanan menentang Liverpool,” katanya.

Aguero percaya dia akan kembali cergas sepenuhnya dalam masa terdekat selepas rehat antarabangsa. – Reuters
Aguero percaya dia akan kembali cergas sepenuhnya dalam masa terdekat selepas rehat antarabangsa. – Reuters

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, City akan menentang Liverpool pada 21 November dan akan bertemu Juventus dalam kempen Liga Juara-juara seminggu selepas itu.

Aguero mencipta rekod kelab apabila menjaringkan lima gol ketika menang 6-1 ke atas Newcastle yang merupakan perlawanan terakhirnya dalam liga sebelum diketepikan akibat kecederaan.

“Saya tidak akan terburu-buru tetapi semakin hampir cergas sepenuhnya,” katanya.