Aguero julang semangat Citizen

Aguero julang semangat Citizen

LONDON, 4 Mei (AFP) – Sergio Aguero menaikkan semangat Manchester City ketika penyudah dari pemain Argentina itu membolehkan Citizen menang 1-0 di Tottenham pada hari ‘pemerintahan’ pasukannya sebagai juara Liga Perdana berakhir.

Pasukan Manuel Peelgrini itu memulakan perlawanan hanya setengah jam selepas Chelsea dimahkotakan sebagai juara selepas membenam Crystal Palace, dengan menyatakan kekurangan mereka semasa mempertahankan gelaran dan sedikit kejutan untuk menyaksikan City mempamerkan persembahan hambar di White Hart Lane.

Tetapi naluri pemusnah Aguero tiba untuk menyelamatkan Citizen ketika dia menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa pertama untuk mengekalkan City di tangga kedua dan menjamin kemunculan mereka dalam Liga Juara–Juara musim depan.

Kemenangan ketiga berturut–turut City membolehkan mereka melebarkan jurang sembilan mata dari Liverpool di tangga kelima dengan perbezaan jaringan besar dan baki tiga perlawanan.

Aguero (depan) dan Eric Lamela dari Hotspur bersaing mengejar bola dalam aksi liga di White Hart Lane semalam. – Reuters
Aguero (depan) dan Eric Lamela dari Hotspur bersaing mengejar bola dalam aksi liga di White Hart Lane semalam. – Reuters

Ketika City mampu untuk mengembalikan kebanggaan utara London, kekalahan kelapan Tottenham dalam sembilan persaingan bersama pasukan Eastland menamatkan usaha mereka bagi merebut empat kelompok teratas, meninggalkan pasukan Mauricio Pochettino itu tujuh mata di belakang Manchester United di tangga keempat.

Dengan keraian gelaran Chelsea diadakan di seluruh London, pasukan Pellegrini memerlukan persembahan bertenaga untuk meningkatkan moral selepas kehilangan mahkota mereka.

Tetapi Eric Dier memiliki peluang keemasan untuk memberikan Tottenham pendahuluan kurang daripada dua minit apabila pemain pertahanan itu membuat tandukan yang tersasar tidak lebih dari lima ela.

Dengan jaringan ke-20 liga yang dihasilkannya, penyerang Tottenham, Harry Kane hanya ketinggalan satu jaringan di belakang Aguero dalam perebutan untuk selesai sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana.