Aguero selamatkan City

Aguero selamatkan City

MONCHENGLADBACH, Jerman, 1 Okt (AFP) – Penalti pada minit ke-90 Sergio Aguero mengesahkan kemenangan 2-1 Manchester City di Borussia Moenchengladbach semalam, sekali gus meneruskan badi sepakan penalti pasukan Jerman itu dalam aksi Liga Juara-Juara.

Setelah membuka kempen Liga Juara-Juara mereka dengan kekalahan 3-0 di Sevilla, termasuk dua penalti, Gladbach kekal tercorot dalam Kumpulan D ketika berusaha mencari pengganti bekas jurulatih Lucien Favre.

City kini di tempat ketiga hanya dengan perbezaan gol selepas Juventus menang 2-0 di tempat sendiri ke atas Seville semalam ketika ‘Rakyat’ Manuel Pellegrini bangkit selepas tewas aksi pembukaan 2-1 kepada Juve minggu lepas.

Selepas penyerang Lars Stindl meletakkan Gladbach di depan di Borussia Park, City bangkit daripada ketinggalan apabila gol sendiri Andreas Christensen menyamakan kedudukan buat pasukan Inggeris sebelum Aguero memenangi sepakan penalti.

Kemenangan itu memberikan nafas baru kepada aspirasi Eropah City ketika mereka pulih selepas dibelasah 4-1 di Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Sabtu lalu.

Sergio Aguero menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Monchengladbach dalam aksi Kumpulan D di Stadion im Borussia-Park, Monchengladbach semalam. – Reuters
Sergio Aguero menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Monchengladbach dalam aksi Kumpulan D di Stadion im Borussia-Park, Monchengladbach semalam. – Reuters

Hasilnya mengecewakan untuk Gladbach, yang mengalami kekalahan pertama di bawah jurulatih sementara Andre Schubert selepas dua kemenangan Bundesliga sejak Favre berhenti 20 September lalu selepas kalah lima aksi liga.

Ini adalah perlawanan pertama Eropah Borussia pada tahap ini sejak 37 tahun dan kekalahan pertama mereka kepada pasukan Inggeris di laman sendiri dalam enam perlawanan.

Hanya aksi hebat pada awal permainan menghalang City mendahului apabila penjaga gol Wolfsburg Yann Sommer berjaya menampan rembatan Aguero dengan pahanya.

Joe Hart pula berjaya menyelamatkan penalti Raffael Gladbach selepas berjaya meneka arah sepakan selepas 20 minit permainan berlalu.

ARTIKEL YANG SAMA