Ah Wee juara 4×4 Daerah Tutong

Ah Wee juara 4×4 Daerah Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 28 Ogos – Ah Wee dari Daerah Tutong telah mencatat masa terpantas 5 minit 42 saat sekali gus menjuarai Kategori Perseorangan Terbuka ‘Bebas Isipadu’ (CC) semasa Pertandingan Kereta Tahan Lasak Pacuan Empat Roda Daerah Tutong petang tadi di kawasan lapang berdekatan Mahad Islam Brunei, di sini.

Muncul di tempat kedua dengan mencatat masa 7 minit ialah Lenny Wenny Lim, dan di tempat ketiga disandang oleh Mohd Usly Zam bin Budin dengan mencatat masa 7 minit 2 saat.

Sementara bagi Kategori Berpasukan, Ah Wee Team merangkul juara, manakala Samdi Team B di tempat kedua dan Oxy Extreme Team di tempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah dan menyaksikan pertandingan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar.

Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Semasa Pertandingan Kereta Tahan Lasak Pacuan Empat Roda petang kelmarin.
Semasa Pertandingan Kereta Tahan Lasak Pacuan Empat Roda petang kelmarin.
Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah kepada Ah Wee, juara bagi kategori Perseorangan.
Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah kepada Ah Wee, juara bagi kategori Perseorangan.

Pertandingan yang dikendalikan oleh Persatuan Kenderaan Pacuan Empat Roda Daerah Tutong itu bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun bagi Daerah Tutong.

Adapun tujuan pertandingan ini adalah bagi mendedahkan penggemar-penggemar pacuan empat roda di negara ini di samping mendedahkan keselamatan dan disiplin ketika mengendalikan kenderaan pacuan empat roda dalam suasana tahan lasak dan mencabar.

ARTIKEL YANG SAMA