Ahli-ahli MPK RPN Kg. Panchor dilantik

Ahli-ahli MPK RPN Kg. Panchor dilantik

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau kini mempunyai ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) bagi Sesi 2016-2021 yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 29 Mei 2016.

Majlis pemilihan bagi ahli-ahli jawatankuasa MPK bagi kawasan rancangan perumahan itu berlangsung di Taman Riadah Bukit Mengkubau,

baru-baru ini, yang turut dihadiri oleh perwakilan dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara selaku pemerhati.

Ahli-ahli MPK RPN Kampung Panchor bergambar ramai selepas pelantikan itu.
Ahli-ahli MPK RPN Kampung Panchor bergambar ramai selepas pelantikan itu.

Menerusi pemilihan itu, jawatan timbalan pengerusi disandang oleh Haji Hairul Azri bin Haji Salamat, manakala itu, Awang Bolhassan bin Haji Abu Bakar sebagai Setiausaha, Hajah Azarina Noorayu binti Haji Mariat sebagai timbalan setiausaha dan Awang Mohamad Nazrie bin Saie sebagai bendahari. Format pemilihan dilakukan secara pencalonan nama-nama bagi empat jawatan tersebut, dengan undian daripada penduduk kampung yang menghadiri majlis berkenaan.