Ahli-ahli PKWE lawat PAWE

Ahli-ahli PKWE lawat PAWE

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Seramai 19 orang ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini, telah mengadakan lawatan selama dua hari ke Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketibaan mereka dialu-alukan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan dan jawatankuasa serta ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Wilayah Persekutuan Labuan.

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi PKWE, Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin kemudiannya berpeluang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan berhubung perkembangan pusat tersebut.

Kumpulan ahli Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Brunei dan Muara bergambar ramai sempena lawatan ke Pusat Aktiviti Warga Emas Wilayah Persekutuan Labuan.
Kumpulan ahli Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Brunei dan Muara bergambar ramai sempena lawatan ke Pusat Aktiviti Warga Emas Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, pusat tersebut telah memulakan operasi pada tahun 2014.Dalam usia yang baru itu, mereka telah dapat menjalankan beberapa kegiatan yang telah memberikan keceriaan kepada warga emas di wilayah tersebut.

Sehubungan itu, PKWE turut mempelawa PAWE Wilayah Persekutuan Labuan untuk membuat kunjungan ke PKWE Daerah Brunei dan Muara.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA