Ahli alumni 1992/1996 erat silaturahim

Ahli alumni 1992/1996 erat silaturahim

Oleh Lenna N.B

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Seramai 22 bekas mahasiswa-mahasiswi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah, Universiti Brunei Darussalam (UBD) pengambilan tahun 1992/1996, yang juga ahli alumni UBD telah mengadakan majlis pertemuan semula setelah kira-kira 19 tahun, di Rizqun Coffee House, baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, Dayang Norleha binti Orang Kaya Muda Haji Jair yang juga menyentuh mengenai idea Majlis Perjumpaan Semula itu diadakan adalah untuk menyatukan kembali ahli alumni, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan teman seperjuangan.

Bacaan tahlil turut diteruskan bagi dua orang ahli yang telah kembali ke rahmatullah dan disudahi dengan sesi bergambar ramai, bertukar pendapat antara sesama ahli dan pertukaran hadiah bagi tanda ingatan muhibah.

Bekas mahasiswa-mahasiswi UBD pengambilan tahun 1992/1996 ketika menghadiri Majlis Pertemuan Semula di Rizqun Coffee House.
Bekas mahasiswa-mahasiswi UBD pengambilan tahun 1992/1996 ketika menghadiri Majlis Pertemuan Semula di Rizqun Coffee House.

ARTIKEL YANG SAMA