Ahli arkeologi temui rangka manusia purba

Ahli arkeologi temui rangka manusia purba

SYDNEY, 4 April (AFP) – Ahli arkeologi telah menemui rangka manusia purba dan pelbagai amalan pengebumian di Plain of Jars yang misteri di Laos, menurut para penyelidik Australia hari ini, ketika para saintis cuba untuk merungkai teka-teki di sebalik bekas batu.

Plain of Jars yang terletak di wilayah tengah Xieng Khouang Laos berselerakan dengan ribuan balang batu dan ahli saintis sudah lama bingung dengan kegunaan sebenarnya.

“Ini akan menjadi usaha paling besar pertama sejak percubaan pada 1930-an untuk memahami tujuan balang tersebut dan siapa yang merekanya,” kata Dougald O’Reilly dari sekolah arkeologi Universiti Kebangsaan Australia dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penggalian itu telah mendedahkan tiga jenis persemadian di tapak itu. Dalam satu amalan, rangka-rangka telah ditanam dalam lubang yang ditutupi dengan blok batu kapur besar, sementara rangka lain ditemui dikuburkan dalam bekas seramik, berasingan daripada balang.

Para penyelidik juga menemui buat pertama kalinya contoh mayat yang ditempatkan dalam kubur.

O’Reilly mengatakan sementara balang itu kini kosong, ia adalah berkemungkinan mereka pernah menggunakannya untuk menyimpan mayat sehingga daging sepenuhnya mereput oleh itu tulang rangkanya kemudian boleh dikuburkan.

“Kami tidak memiliki sebarang bukti bagi pembakaran mayat yang mana perkara itu telah digunakan meluas pada masa lalu,” kata O’Reilly, menambah bahawa ia juga masih tidak jelas di mana mereka yang dikebumikan itu telah tinggal.

“Balang batu itu masih kekal misteri bergantung apa ia digunakan,” kata O’Reilly kepada AFP.

ARTIKEL YANG SAMA