Ahli astronomi temui 3 Bumi-Besar

Ahli astronomi temui 3 Bumi-Besar

PARIS, 31 Julai (AFP) – Ahli astronomi berkata semalam mereka telah menemui sistem planet dengan tiga Bumi-besar mengelilingi bintang kecil yang terang, salah satu di antaranya mungkin dunia batu lebur gunung berapi.

Sistem empat-planet itu telah bersembunyi dalam kumpulan bintang hemisfera utara berbentuk-M Cassiopeia, 21 tahun cahaya dari Bumi, lapor satu kumpulan dalam jurnal Astronomi & Astrofizik.

Ia terdiri daripada empat planet, satu besar dan tiga Bumi-besar mengelilingi satu bintang yang digelar HD219134.

Bumi-besar mempunyai jisim yang lebih tinggi berbanding Bumi tetapi lebih ringan berbanding planet gas seperti Neptun, Zuhal atau Musytari. Mereka boleh terdiri daripada gas, batu atau kedua-duanya.

Planet dengan orbit paling pendek, HD219134b, bergerak mengelilinginya setiap tiga hari, dan kini diperhatikan melalui muka bintangnya seperti yang dilihat daripada sudut pandangan Bumi.

Gambar yang dikeluarkan oleh NASA menunjukkan kemungkinan penampilan planet HD219134 yang serupa dengan bumi. – AFP
Gambar yang dikeluarkan oleh NASA menunjukkan kemungkinan penampilan planet HD219134 yang serupa dengan bumi. – AFP

Ukuran dari darat dengan teleskop angkasa lepas NASA Spitzer menunjukkan jisimnya adalah 4.5 kali lebih tinggi daripada Bumi, dan ia adalah 1.6 kali lebih besar.

“Kepadatan puratanya adalah berdekatan dengan kepadatan Bumi, mencadangkan komposisi yang mungkin sama,” kata satu kenyataan akhbar daripada Universiti Geneva, di mana angkasawan mengambil bahagian dalam penyelidikan.

“Ia amat dekat dengan bintang. Suhu adalah kira-kira 700 darjah Kelvin Celsius, beritahu penulis bersama kajian Stephane Udry kepada AFP.

“Kemungkinan permukaan sedang melebur, dunia lava lebur dengan gunung berapi…tidak sesuai untuk kehidupan.”

Ia tidak terletak di dalam “zon bintang yang boleh dihuni”, dan tidak akan mempunyai air yang diperlukan untuk hidup.

Namun HD219134b adalah menarik untuk satu lagi sebab lain: ia adalah planet paling dekat yang diketahui, dan dengan itu menawarkan peluang luar biasa untuk kajian seterusnya mengenai komposisi dan atmosfera di sebalik latar bintangnya.