Ahli Baiduri Prestige dapat tawaran menarik

Ahli Baiduri Prestige dapat tawaran menarik

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Sebagai bank rasmi bagi Pameran Pelancongan Belait RB yang akan diadakan di Pusat Insani, Seria, esok dan 6 Mac, Bank Baiduri akan menawarkan pelbagai ganjaran dan keistimewaan eksklusif kepada pelanggannya.

Baiduri dalam kenyataannya, hari ini, memaklumkan bahawa ahli Baiduri Prestige yang berbelanja $1,000 ke atas menggunakan Kad Prestige mereka akan layak menerima rebat $200, bagaimanapun ia adalah terhad kepada 10 orang ahli.Manakala itu, ahli Baiduri Smart Executive pula akan menerima rebat $100 apabila berbelanja $1,000 ke atas dengan kad Smart Executive mereka dan tawaran ini terhad kepada 20 orang ahli sahaja.

Di samping itu, pelanggan yang berbelanja $1,000 ke atas menggunakan kad kredit dan debit Baiduri Infinite atau Platinum akan mendapat rebat $100 yang terhad kepada 15 orang pelanggan pertama. Pelanggan yang mempunyai kad kredit Royal Brunei Airlines American Express yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri boleh mendapatkan tiga kali ganda mata perjalanan, mendaftar bagi program pembiayaan Fly Now, Pay dan menukarkan pembelian mereka kepada bayaran ansuran bulanan yang rendah.

Sementara itu, pemegang kad kredit Baiduri Visa, MasterCard dan American Express boleh memohon bagi Pelan Ansuran 0% di mana mereka boleh menukar pembelian mereka kepada ansuran bulanan tanpa faedah sehingga 24 bulan. Pelan-pelan ansuran ini ditawarkan tanpa sebarang bayaran pemprosesan semasa acara berkenaan. Insentif lain, semua pembelian dengan kad-kad Baiduri akan menggandakan peluang dalam cabutan bertuah untuk memenangi tiket penerbangan atau air mile percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof dipetik sebagai berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan RB, syarikat penerbangan kebangsaan kita, dan teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan mereka sebagai bank rasmi bagi acara pelancongan ini.

“Sebagai bank rasmi, objektif utama kami adalah menyediakan sokongan perbankan perniagaan yang lancar kepada para peserta pada acara itu. Terminal-terminal kad POS (Point of Sale) terbaru kami telah dipasang di setiap petak untuk menerima pembayaran kad daripada empat jenama kad utama – Visa, MasterCard, American Express dan UnionPay.”

Ini, katanya lagi, akan memberi kemudahan dan keselamatan kepada pelanggan acara itu kerana mereka akan dapat membeli percutian impian mereka tanpa perlu membawa terlalu banyak wang tunai ke acara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA