Ahli BKPYSHHB erat silaturahim

Ahli BKPYSHHB erat silaturahim

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB), baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Malam Silaturahim yang berlangsung di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong, dengan dihadiri kira-kira 260 ahlinya dengan tema majlis ialah Jubah Antarabangsa.

Antara tujuan utama majlis adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli yang merupakan para pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) serta guru-guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Di-Pertua BKPYSHHB selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Majlis Awang Ahmad Rithaudin bin Haji Sabtu yang seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sambil menikmati jamuan, majlis diserikan dengan persembahan pentas, anugerah pakaian terbaik dan cabutan nombor bertuah.

Antara ahli BKPYSHHB yang menghadiri Majlis Malam Silaturahim itu baru-baru ini.
Antara ahli BKPYSHHB yang menghadiri Majlis Malam Silaturahim itu baru-baru ini.

pg03_160206_c

Sebahagian hadiah-hadiah yang disampaikan pada majlis itu telah ditaja oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), TAIB, Hotel Brunei, Hotel Antarabangsa Rizqun, Hotel The Centrepoint dan Chong Eng Han Watch Dealer.

ARTIKEL YANG SAMA