Ahli bomba berdepan cuaca panas

Ahli bomba berdepan cuaca panas

BIG SUR, California, 28 Julai – Anggota bomba berdepan cuaca lebih panas dan kelembapan rendah di kawasan berhampiran Big Sur tempat kebakaran hutan telah memusnahkan 34 buah rumah dan membunuh seorang pemandu jentolak yang bekerja untuk menangani kebakaran besar.

Suhu sejuk menyebabkan lebih 3,000 anggota bomba yang bekerja sepanjang hari, terhenti sejenak pada Rabu namun ramalan kaji cuaca berkata hari ini dan Jumaat akan membawa suhu lebih 80 dengan berangin dan kelembapan rendah.

Sekitar 10 bangunan luar telah dijilat api yang juga membakar 37 batu persegi (93 kilometer persegi). Kebakaran itu 10 peratus berjaya dikawal, kata Jabatan Perhutanan dan Pemadam Kebakaran California.

Ketua Batalion, Robert Fish berkata operator sedang berusaha menjalankan kerja memadam di kawasan curam dan sukar diakses. Fish tidak memberi butiran lanjut mengenai insiden itu namun 60 jentolak telah digunakan dalam menangani kebakaran.

Kebakaran yang melanda kawasan pantai California, di mana kepulan asap dan ancaman kebakaran telah memaksa penutupan taman-taman kerajaan berhampiran Big Sur, sebuah kawasan pelancongan popular. Kira-kira 2,000 struktur telah terancam. – AP

ARTIKEL YANG SAMA