Ahli Dewan Perniagaan India bertahlil di Kubah Makam Diraja

Ahli Dewan Perniagaan India bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Kira-kira 50 ahli Dewan Perniagaan India, hari ini, telah mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta kerabat diraja yang lain, di Kubah Makam Diraja, di sini.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Presiden Dewan Perniagaan berkenaan, Awang Nazeer Ahmad Zakaria.

Bacaan telah dipimpin oleh Imam di Kubah Makam Diraja tersebut, dan majlis diakhiri dengan mencurah air asah-asahan ke makam diraja yang diketuai oleh Awang Nazeer. Aktiviti bersempena bulan Ramadan ini antara lain bertujuan sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan Dewan Perniagaan India.

Rombongan diketuai Awang Nazeer ketika mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Rombongan diketuai Awang Nazeer ketika mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.