Ahli GARDA BMI derma darah

Ahli GARDA BMI derma darah

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Seramai 80 orang dari Gabungan Aliansi Rakyat Daerah Buruh Migran Indonesia (GARDA BMI) telah menyumbangkan darah mereka dalam di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), semalam.

Turut hadir mendermakan darah ialah Sekretaris Jeneral GARDA BMI Brunei, Nurhayana binti Abdullah. Rombongan dari GARDA BMI itu diketuai oleh Aldi Abdurrohman.

Aktiviti menderma darah ini merupakan yang kelima dikendalikan oleh gabungan berkenaan yang terdiri daripada komuniti warga Indonesia di Brunei. Jumlah penderma kali ini juga adalah yang terbesar berbanding sebelumnya.

Ahli-ahli GARDA BMI yang mendermakan darah mereka pada hari itu.
Ahli-ahli GARDA BMI yang mendermakan darah mereka pada hari itu.
Aldi Abdurrohman selaku ketua rombongan GARDA BMI.
Aldi Abdurrohman selaku ketua rombongan GARDA BMI.

Dengan moto ‘Menderma darah selamatkan jiwa, sihatkan raga’, ia merupakan sebagai tanda terima kasih dan amal jariah kepada kerajaan Negara Brunei Darussalam, di samping meningkatkan hubungan silaturahim sesama warga Indonesia yang bekerja di Brunei dan dengan penduduk tempatan.

Selain itu, ia juga diadakan bagi menambah stok simpanan darah di Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS.

Kegiatan ini akan sentiasa dilaksanakan setiap tiga bulan, dan bagi warga Indonesia yang berada di Daerah Tutong dan Daerah Belait, aktiviti seumpamanya akan diadakan di Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait pada 3 April ini.

ARTIKEL YANG SAMA