Ahli KCC UBD bersihkan Pantai Tungku

Ahli KCC UBD bersihkan Pantai Tungku

Oleh Norizan Murshid

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Seramai 40 orang ahli Kelab Kebudayaan Korea (KCC), Universiti Brunei Darussalam (UBD), baru-baru ini, melakukan khidmat masyarakat dengan membersihkan Pantai Tungku sebagai sebahagian daripada aktiviti kelab.

Mahasiswa dan mahasiswi berkenaan berkumpul di Pantai Tungku dan dipecahkan kepada empat kumpulan untuk mengutip sampah di sekitar pantai berkenaan.

Bukan itu sahaja, permainan juga disediakan untuk memeriahkan lagi aktiviti tersebut.

Mahasiswa-mahasiswi bergambar ramai dengan hasil kutipan sampah pada aktiviti berkenaan.
Mahasiswa-mahasiswi bergambar ramai dengan hasil kutipan sampah pada aktiviti berkenaan.

Objektif utama aktiviti itu adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan selain mengeratkan hubungan antara ahli-ahli KCC UBD.

Presiden KCC UBD menyatakan, dengan cara ini mereka dapat menjaga kebersihan alam sekitar di samping menggalakkan kesedaran semua orang supaya berhenti daripada membuang sampah di merata tempat.