Ahli KEKAL sertai kempen derma darah

Ahli KEKAL sertai kempen derma darah

TUTONG – Seramai 15 orang ahli Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong baru-baru ini telah mengikuti kempen menderma darah sempena Jubli Perak, Ma’had Islam Brunei, yang diadakan di kawasan ruang legar sekolah tersebut.

Kempen itu diharap akan menambah lagi tabung darah kebangsaan dalam usaha untuk membantu orang yang memerlukan seperti dalam pembedahan dan mangsa kemalangan jalan raya.

Kempen tersebut turut disertai oleh Yang Di-Pertua kelab KEKAL, Awang Samsudin@Ismael bin Haji Lani dan Naib Yang Di-Pertua kelab tersebut, Awang Khalidi bin Haji Sidek. – KEKAL

Ahli kelab KEKAL bergambar ramai bersama Yang Dipertua Kelab Awang Samsudin @ Ismael (Duduk Tengah)
Ahli kelab KEKAL bergambar ramai bersama Yang Dipertua Kelab Awang Samsudin @ Ismael (Duduk Tengah)
Ahli kelab KEKAL yang turut serta dalam kempen Derma Darah.
Ahli kelab KEKAL yang turut serta dalam kempen Derma Darah.