Ahli matematik & isteri maut dalam nahas jalan raya

Ahli matematik & isteri maut dalam nahas jalan raya

NEW YORK, 25 Mei (AFP) – Penerima anugerah Nobel, John Nash (gambar) iaitu ahli matematik Amerika Syarikat (AS), yang menjadi inspirasi bagi filem ‘A Beautiful Mind’ terbunuh bersama isterinya dalam kemalangan kereta di New Jersey.

Nash, 86 tahun dan isterinya, Alicia, 82 tahun menaiki sebuah teksi Sabtu lalu apabila kemalangan berlaku, Sarjan Polis Negeri Gregory Williams memberitahu AFP.

“Penumpang teksi telah terpelanting keluar,” kata Williams dengan menambah kata bahawa kedua-dua mereka terbunuh.

Ahli matematik Universiti Princeton dan Institusi Teknologi Massachusetts (MIT), begitu terkenal dengan sumbangannya kepada teori permainan – kajian ke atas membuat keputusan – yang telah membawanya menerima anugerah ekonomi Nobel dalam tahun 1994.

Kisah kehidupannya membentuk asas bagi filem yang telah memenangi anugerah Oscar 2001 ‘A Beautiful Mind’ yang mana aktor Russell Crowe memainkan peranan orang pintar yang berdepan penyakit mental.

“Terkejut.. simpati saya kepada John & Alicia sekeluarga. Perkongsian mengagumkan. Minda indah, hati yang baik,” Crowe berkata di Twitter.

Ron Howard, yang telah memenangi anugerah Oscar bagi pengarah terbaik bagi filem itu dalam Twitter mengatakan “adalah satu penghormatan untuk menceritakan bahagian kisah mereka.”

Kehidupan Nash berubah dalam awal 1960-an dalam awal 1959 apabila dia mula mengalami ‘gangguan mental’ yang mengakibatkannya meletak jawatan dari kedudukan fakultinya di MIT.

Penyakit Skizofrenia bukan saja akhirnya menjejaskan kariernya tetapi juga perkahwinannya dengan Alicia, yang dikahwininya dalam tahun 1957.

Pasangan ini bercerai dalam awal 1960-an, tetapi masih berhubungan dan berkahwin semula beberapa dekad kemudian dalam tahun 2001.

Apabila Nash menerima anugerah Nobel, penyakitnya telah berkurang.

“Saya masih terus berusaha dan dapat difikirkan bahawa jurang tempoh kira-kira 25 tahun yang sebahagiannya memikirkan jika pergi bercuti, situasi saya mungkin tidak biasa,” Nash berkata dalam gambaran autobiografi yang ditulis pada ketika anugerah Nobel yang diterimanya dalam tahun 1994.

“Apabila saya cukup lama dimasukkan ke hospital saya akhirnya melepaskan hipotesis dan kembali memikirkan tentang diri saya sendiri sebagai seorang manusia dalam keadaan lebih biasa dan kembali kepada penyelidikan matematik.”