Ahli MMN melawat Bangunan CAE Brunei MPTC

Ahli MMN melawat Bangunan CAE Brunei MPTC

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), pagi tadi, telah mengadakan lawatan ke Bangunan CAE Brunei MPTC untuk mengenali lebih lanjut mengenai syarikat tersebut serta perkhidmatan dan kursus-kursus yang ditawarkan.

Rombongan berkenaan disertai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal, Yang Berhormat Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Yang Berhormat Haji Zulkipli bin Haji Abdul Hamid, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Zasia binti Sirin, Yang Berhormat Haji A. Ahmad bin Husain, Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin, Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin dan Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit.

Hadir sama ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar.

Ahli -ahli Majlis Mesyuarat Negara bergambar ramai semasa mengadakan lawatan ke Bangunan CAE Brunei MPTC.
Ahli -ahli Majlis Mesyuarat Negara bergambar ramai semasa mengadakan lawatan ke Bangunan CAE Brunei MPTC.

pg03_151201_a

pg03_151201_d

pg03_151201_c

Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Timbalan Pengurus Besar Syarikat CAE Brunei MPTC, Haji Rozman bin Haji Junaidi. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan selaku Ahli Lembaga Pengarah CAE Brunei MPTC, Haji Abu Bakar bin Haji Ibrahim.

Dalam lawatan itu, rombongan dibawa melawat ke tempat-tempat utama bangunan tersebut seperti Bilik Simbay (Stimulators), Kawasan Pengurusan Kecemasan (Emergency Management Area) dan Kawasan Penjagaan Kesihatan (Healthcare Area) serta diberikan taklimat mengenai Syarikat CAE Brunei MPTC.

Lawatan ini juga diharapkan dapat menjalin dan membangun ukhuwah yang lebih erat di antara Ahli-ahli MMN dan Syarikat CAE Brunei MPTC serta Kementerian Kewangan yang juga merupakan rakan usaha sama bagi syarikat tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA