Ahli MOA anjur majlis berbuka

Ahli MOA anjur majlis berbuka

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Lebih 20 orang ahli Mini Owners Association (MOA) bersama isteri-isteri mereka telah mengadakan majlis berbuka puasa, kelmarin, di Restoran KTM, Sengkurong.

Majlis berbuka puasa tersebut bertujuan mengeratkan tali silaturahim di antara para ahli MOA, di samping itu, mendoakan dan mengumpul derma untuk isteri salah seorang ahli MOA yang kini sedang menjalani rawatan di Singapura.

Timbalan Presiden MOA, Awang Haslan bin Haji Abu Bakar ketika ditemui Media Permata menjelaskan bahawa MOA yang telah ditubuhkan sejak April lalu, menyeru kepada para pemilik kereta Mini versi klasik mahupun versi baru di Negara Brunei Darussalam untuk menyertai persatuan berkenaan bagi sama-sama berkongsi pandangan berkaitan dengan persatuan berkenaan.

Ahli MOA bergambar ramai selepas berbuka puasa di Restoran KTM, Sengkurong.
Ahli MOA bergambar ramai selepas berbuka puasa di Restoran KTM, Sengkurong.

ARTIKEL YANG SAMA