Ahli MPK adakan lawatan ke Bahagian Pendakwaan Syar’ie

Ahli MPK adakan lawatan ke Bahagian Pendakwaan Syar’ie

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Seramai 14 orang ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Pengawasan Kejiranan Kampung Lumapas A, Mukim Lumapas telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pendakwaan Syar’ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Kampung Lumapas ‘A’ selaku Pengerusi Majlis Perundingan Kampung dan Pengawas Kejiranan kampung Lumapas ‘A’, Haji Mohd Yassin bin Haji Hassan, telah dialu-alukan oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Syar’ie, Haji Johar bin Haji Mohammad.

Semasa lawatan itu, rombongan telah diberikan taklimat mengenai pendedahan dalam kerja-kerja yang berkaitan bidang Pendakwaan Syar’ie yang disampaikan oleh Pegawai Pendakwa Syar’ie, Hajah Safa Safiah binti  Haji Garif.

Lawatan itu, selain bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak, ia juga adalah bagi mengetahui dan menangani isu atau masalah seperti kegiatan-kegiatan yang berunsurkan negatif dan boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian, keselamatan dan ketenteraman kampung.

Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Pengawasan Kejiranan Kampung Lumapas A, ketika mengadakan lawatan ke Bahagian Pendakwaan Syar’ie, KHEU.
Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Pengawasan Kejiranan Kampung Lumapas A, ketika mengadakan lawatan ke Bahagian Pendakwaan Syar’ie, KHEU.

ARTIKEL YANG SAMA