Ahli NMOB rai ulang tahun ke-4

Ahli NMOB rai ulang tahun ke-4

Oleh Syahmi Hassan

 

TUTONG, 10 Jan – Penggemar kereta Mini di bawah New Mini Owner of Brunei (NMOB) hari ini menyambut ulang tahun penubuhan ke-4 persatuan itu di Pantai Seri Kenangan, Tutong.

Sambutan dimulakan dengan bacaan doa selamat dan pelbagai aktiviti seperti senam robik, permainan, kutipan selipar dan sabun untuk diwakafkan ke Masjid Ash-Shaliheen, penyampaian sijil kepada ahli dan bergambar ramai.

Ahli persatuan kemudiannya mengadakan konvoi dari Pantai Seri Kenangan ke Masjid Ash-Shaliheen, Kampung Melabau untuk menyampaikan sumbangan.

Selain meraikan ulang tahun penubuhan persatuan, majlis juga dihasratkan mengeratkan tali silaturahim di antara warga Persatuan NMOB dan juga beramal bersama-sama.

Warga persatuan NMOB bergambar ramai di Pantai Seri Kenangan.
Warga persatuan NMOB bergambar ramai di Pantai Seri Kenangan.
Barisan kereta Mini milik ahli NMOB.
Barisan kereta Mini milik ahli NMOB.
Warga Persatuan NMOB ketika berada di Masjid Ash-Shaliheen.
Warga Persatuan NMOB ketika berada di Masjid Ash-Shaliheen.

ARTIKEL YANG SAMA