Ahli Olimpik tertua Jepun meninggal dunia

Ahli Olimpik tertua Jepun meninggal dunia

BEIJING, 17 Nov (Agensi) – Guo Jie, bekas atlet lempar cakera yang juga ahli Olimpik tertua, sudah meninggal dunia. Dia berusia 103 tahun.

Institut Pendidikan Jasmani Xi’an, di mana dia berkhidmat sebagai jurulatih dan pengarah, berkata Guo meninggal dunia pada Ahad lalu.

Guo mewakili China dalam lempar cakera pada Olimpik 1963 di Berlin selepas mencatatkan rekod kebangsaan setahun sebelumnya. Di Sukan Berlin, dia menghasilkan lemparan terbaik peribadi 41.13 meter tetapi gagal untuk mara ke final.

Dilahirkan di timur pelabuhan Dalian pada 1912, Guo belajar dalam sains pertanian dan teknologi di Universiti Tokyo. Pada tahun 1950an dia berkhidmat sebagai jurulatih dan pengarah di institut pendidikan jasmani di utara bandar Xi’an.

Gambar fail tahun 2008 menunjukkan Guo Jie diberi penghormatan membawa obor ketika berlangsungnya Sukan Olimpik di Beijing, China.
Gambar fail tahun 2008 menunjukkan Guo Jie diberi penghormatan membawa obor ketika berlangsungnya Sukan Olimpik di Beijing, China.

Chinese Business View, akhbar Xi’an, berkata Guo telah mempelajari ilmu kesihatan mengenai warga emas selepas persaraannya.

Pada usia 80an, dia menganjurkan tinjauan terhadap warga emas di Xi’an yang melakukan senaman pagi, yang dilakukan oleh guru-guru sukan perubatan dan fisiologi. Dia juga menulis sebuah buku mengenai peranan senama aerobik dalam mencegah penyakit kardiovaskular.

Guo membawa obor Olimpik ketika larian berganti-ganti melalui Xi’an menjelang Sukan Beijing 2008.

Kenyataan dari institut itu berkata pengebumian Guo akan diadakan pada hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA