Ahli parlimen Australia beri gambaran negatif Trump

Ahli parlimen Australia beri gambaran negatif Trump

SYDNEY, 13 Okt – Donald Trump adalah ‘calon menjijikkan yang tidak layak menyandang jawatan awam’, kata para ahli undangan di negeri Australia itu yang paling ramai penduduk dalam usulan parlimen sebulat suara hari ini.

Ahli parlimen Parti Green New South Wales, Jeremy Buckingham telah memperkenalkan usulan yang menyelar ulasan ‘yang membenci perempuan’ yang dibuat oleh calon presiden Repulikan AS ke atas wanita dan minoriti, termasuklah kenyataannya yang lucah dan seksis dalam video tahun 2005.

Ia juga meminta dewan tertinggi negeri itu untuk bersetuju dengan “impak memusnah dari ucapan benci dari calon-calon politik dan pegawai yang dilantik pada masyarakat kita.”

“Adalah bagus jika semua pihak dari politik Australia, dari konservatif kepada liberal hinggalah kumpulan mesra alam, bersetuju bahawa Donald Trump adalah calon menjijikkan yang tidak layak sama sekali untuk menyandang jawatan awam,” kata Buckingham.

“Jelas bahawa semua orang yang berfikiran waras dan berkelakuan sopan mendapati kelakuan Donald Trump adalah menjelikkan dan dunia berharap para pengundi Amerika menolak politik bencinya.”

Trump berdepan dengan ketegangan di luar pihak penentang dan kemarahan dari rakan-rakan dalam Republikan ekoran kenyataan yang dibuatnya tentang wanita dalam video 2005 yang didedahkan kepada umum Jumaat lalu.

Dengan tempoh kurang empat minggu sebelum hari pilihan raya, sokongan bagi Trump tidak menentu dengan saingannya, Hillary Clinton mengekalkan kelebihannya dalam tinjauan kebangsaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA