Ahli Parlimen soal pengerusi FA Inggeris

Ahli Parlimen soal pengerusi FA Inggeris

LONDON, 5 Okt – Pengerusi Persatuan Bola Sepak Greg Clarke akan disoal oleh ahli-ahli Parlimen 17 Oktober ini selepas dakwaan rasuah dalam bola sepak Inggeris, minggu lalu.

Siasatan Daily Telegraph ke dalam urusan pengurus dalam pasaran perpindahan telah membawa kepada Sam Allardyce kehilangan tugas sebagai pengurus England selepas beliau membuat komen memalukan mengenai kelemahan amalan yang mengharamkan pemilikan oleh pihak ketiga.

Beberapa tokoh berprofil tinggi yang lain juga telah dikaitkan dengan dakwaan rasuah dan kerajaan berminat untuk menyiasat perkara itu dengan tokoh-tokoh kanan dalam FA.

Menyertai Clarke di hadapan jawatankuasa terpilih Kebudayaan, Media dan Sukan ialah Pengarah Tadbir Urus dan Peraturan, FA Darren Bailey dan pasangan itu boleh menjangkakan sesi pertemuan yang panas.

Menurut kenyataan, jawatankuasa parlimen merentas 10 parti pada Selasa berbunyi: “Peristiwa baru-baru telah menekankan kegagalan utama berterusan dalam sistem tadbir semasa bola sepak di UK dan juga di peringkat antarabangsa.

“Jawatankuasa Kebudayaan, Media dan Sukan telah berkali-kali menggesa pihak berkuasa bola sepak untuk meningkatkan tadbir urus sendiri.

“Walaupun cadangan jawatankuasa itu disokong oleh menteri sukan berturut-turut dan FA juga menjanjikan kelajuan, tetapi perubahan dalam amalan amat sedikit: tadbir urus bola sepak rumit dan kuasa terletak pada kelab, terutama dalam Liga Perdana Inggeris.

“Reformasi sebenar berhubung dengan pemilikan kelab, perpindahan pemain, pengaruh peminat, peranan ejen dan pelaburan pada peringkat akar umbi adalah antara isu-isu lain yang telah terhenti.” – AFP