Ahli Parlimen S’pura mohon maaf atas komen ‘bom masa’

Ahli Parlimen S’pura mohon maaf atas komen ‘bom masa’

SINGAPURA, 8 April (AFP) – Seorang Ahli Parlimen Singapura yang berkata ramai pekerja Asia Selatan adalah ‘bom bermasa yang berjalan’ yang perlu dihindarkan dari kawasan perumahan di kuarters warga India di bandar kota itu, memohon maaf hari ini atas kenyataannya itu.

Denis Phua mencetuskan tentangan keras terbuka di online selepas berucap di parlimen Rabu lalu, yang mengakibatkannya untuk memohon maaf di halamannya di Facebook.

“Saya tidak berniat menjejaskan mana-mana kumpulan khusus. Saya seharusnya tidak menggunakan istilah “bom bermasa yang sedang berjalan’, untuk menghuraikan tentang kumpulan ramai,” Phua, dari parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat menulis.

“Saya sendiri mempunyai hubungan baik dengan pembersih-pembersih warga asing di kawasan pengundian saya. Kepada mereka dan pekerja-pekerja asing yang lain di negara kami, terima kasih di atas bantuan kamu dan terimalah permohonan maaf ikhlas saya jika saya telah membuatkan kamu merasa bimbang.”

Phua telah bercakap di parlimen tentang langkah-langkah untuk mencegah dari berulangnya lagi rusuhan yang serupa dengan rusuhan pada Disember 2013 yang melibatkan para pekerja Asia Selatan – letusan paling teruk kekacauan awam di Singapura dalam tempoh 40 tahun.

Ratusan orang keluar ke jalan raya selepas berang dengan kematian seorang lelaki warga India dalam kemalangan jalan raya, dengan gangguan itu mengakibatkan 63 orang, termasuklah 37 pegawai polis dan 23 buah kenderaan telah rosak.

Pada lawatan baru-baru ini ke daerah itu, Phua berkata dia menyedari orang ramai yang sering berkumpul sebelum rusuhan telah kembali, di sebalik langkah-langkah untuk mengurangkan perhimpunan besar dan pengetatan penjualan alkohol di kawasan itu.

“Kumpulan ramai seumpama itu adalah bom bermasa yang sedang berjalan dan kejadian kekacauan awam menanti untuk berlaku,” katanya.

Dia memberi amaran “Adalah penting kita tidak membiarkan perkara ini jika sekiranya kita tidak mahu sejarah berulang lagi.”