Ahli parlimen Sri Lanka angkat sumpah

Ahli parlimen Sri Lanka angkat sumpah

COLOMBO, 1 Sept (AFP) – Ahli parlimen baru Sri Lanka mengangkat sumpah hari ini selepas pilihan raya umum yang menyaksikan Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang luas.

Parti Wickremesinghe, Parti Kebangsaan Kesatuan (UNP) muncul sebagai parti terbesar tunggal selepas pilihan raya 17 Ogos dan kini dijangka akan membuat reformasi demokrasi dan ekonomi.

Perdana menteri disertai oleh ahli-ahli undangan lain dalam mengangkat sumpah kesetiaan untuk menandakan permulaan sesi pertama. UNP gagal memenangi majoriti mutlak dalam parlimen yang mempunyai 225 anggota.

Ia membentuk campuran dengan parti bekas orang kuat Mahinda Rajapakse, iaitu Parti Kebebasan Sri Lanka (SLFP) dan komited kepada ‘perdamaian etnik’ ekoran peperangan pemisah Tamil.

Rajapakse, yang mengawasi tindakan yang menumpaskan pemberontakan selama berdekad-dekad dan yang enggan menyertai campuran itu, membawa kerusi parlimennya pada kedudukan pembangkang bersama-sama sekumpulan penyokongnya.

Selepas sedekad menjadi presiden, Rajapakse telah ditumpaskan dalam pilihan raya pada Januari oleh bekas sekutunya, Maithripla Sirisena, yang segera melantik Wickremesinghe sebagai perdana menteri.

ARTIKEL YANG SAMA