Ahli PBB gesa siasat kematian pembantah AS

Ahli PBB gesa siasat kematian pembantah AS

SEOUL, 29 Sept – Seorang utusan hak asasi PBB menggesa bagi penyiasatan bebas ke atas kematian seorang pembantah warga Korea Selatan yang terkena ‘meriam air’ polis ketika rapat anti kerajaan tahun lalu.

Baek Nam-Ki, petani berusia 69 tahun, meninggal dunia Ahad lalu selepas koma November lalu apabila dia jatuh pengsan akibat terkena meriam air ketika bantahan besar-besaran menentang dasar buruh Seoul.

Nasibnya telah mencetuskan kemarahan meluas dengan pihak polis dibidas yang disifatkan oleh para pengkritik penggunaan kekerasan melampau ketika rapat awam itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA