Ahli Pengawasan Kejiranan Kampung terima sijil lantikan

Ahli Pengawasan Kejiranan Kampung terima sijil lantikan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 1 Nov – Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut 1, Lumut 2 dan Kampung Sungai Liang, hari ini, telah menerima sijil lantikan masing-masing dalam majlis yang berlangsung di Dewan Teater Kecil, Pusat Biodiversiti Jabatan Perhutanan Jalan Andulau Labi, di sini.

Menyempurnakan penyerahan sijil-sijil tersebut ialah Pegawai Penguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Mohd Sofian bin Haji Kifli selaku pengerusi majlis.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Lumut 2, Haji Abdul Rahman bin Hashim, Pemangku Ketua Kampung Sungai Liang, Haji Ibrahim bin Dato Maharaja Setia Dian, empat orang anggota Balai Polis Sungai Liang, serta kira-kira 30 orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut 1, 2 dan Kampung Sungai Liang.

Ahli Pengawasan Kejiranan bersama anggota-anggota polis bergambar ramai selepas Majlis Penyerahan Sijil disempurnakan.
Ahli Pengawasan Kejiranan bersama anggota-anggota polis bergambar ramai selepas Majlis Penyerahan Sijil disempurnakan.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum, diteruskan dengan taklimat mengenai aktiviti pengawasan kejiranan Mukim Liang Lumut sejak bulan Januari hingga 25 Oktober lalu, yang disampaikan oleh Focal Point Balai Polis Sungai Liang, Lans Koperal Azhar bin Haji Azmain.

Selain itu, majlis turut membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada masa hadapan.