Ahli Pengawasan Kejiranan terima surat lantikan

Ahli Pengawasan Kejiranan terima surat lantikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan kampung-kampung di bawah jagaan Balai Polis Kampong Ayer, baru-baru ini, telah menerima surat lantikan masing-masing pada majlis yang berlangsung di Dewan Sungai Asam, Kampung Lumapas.

Surat-surat lantikan telah disampaikan oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Kampong Ayer, Inspektor Siti Hasinah binti Awang Hassan.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, para penerima surat lantikan terdiri daripada ahli-ahli Pengawasan Kejiranan enam buah kampung iaitu Kampung Tamoi Ujong/Tengah, Kampung Burung Pingai Ayer, Kampung Lurong Dalam, Kampung Lumapas ‘A’, Kampung Lupak Luas/ Tarap Bau dan Kampung Kasat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penghulu Mukim Lumapas, Haji Bakar bin Mansor dan ketua-ketua kampung dari enam buah kampung berkenaan.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya telah mengucapkan tahniah atas lantikan tersebut dan mengharapkan dengan penglibatan ahli Pengawasan Kejiranan itu nanti akan dapat membantu pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah dan lalu lintas di kawasan kampung-kampung tersebut.

Ahli-ahli pengawasan kejiranan menerima surat lantikan daripada Inspektor Siti Hasinah.
Ahli-ahli pengawasan kejiranan menerima surat lantikan daripada Inspektor Siti Hasinah.

ARTIKEL YANG SAMA