Ahli perniagaan China ditangkap, seludup jutaan wang ke AS

Ahli perniagaan China ditangkap, seludup jutaan wang ke AS

WASHINGTON, 25 Sept (AFP) – Seorang ahli perniagaan China dari Macau telah ditangkap di New York kerana menyeludup masuk wang tunai lebih AS$4.5 juta ke Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh dua tahun, menurut pihak berkuasa AS.

Ng Lap Seng, yang membuat keuntungan dari estet hartanah telah didakwa dengan penipuan dan dipenjarakan tanpa sebarang kemungkinan ikat jamin di samping rakan usaha samanya Jeff Yin.

Penangkapan itu diumumkan minggu ini, muncul ketika Presiden China, Xi Jinping melawat AS. Beijing telah memberi keutamaan dengan membawa kepada keadilan mereka yang dituduh berkaitan dengan jenayah ekonomi yang telah lari ke luar negara.

Menurut laporan siasatan FBI yang dilihat oleh AFP, Ng dan Yin telah membuat 11 perjalanan ke AS antara Julai 2013 hingga September 2015, setiap kali membawa bersama mereka antara AS$200,000 dan AS$900,000 dolar.

Pada Jun 2014, contohnya, Ng mendarat di New York dengan bagasi yang mengandungi AS$400,000 wang tunai, memberitahu pegawai kastam dia berhasrat menggunakan wang itu untuk membeli lukisan dan mempertaruhkan wang di Las Vegas.

Para penyiasat FBI meyakinkan bahawa ia adalah satu penipuan.

Para peguam Ng tidak memberi komen mengenai perkara itu.

Ng sebelumnya berkaitan dengan kontroversi kewangan parti Demokratik era Clinton. Dia tidak pernah didakwa.

Meng Jianzhu, setiausaha suruhanjaya hal ehwal perundangan dan politik parti komunis China, baru-baru ini menekankan kepentingan kawalan ketat ke atas jenayah ekonomi dan rasuah dalam mesyuarat persediaan menjelang lawatan ke AS.

Dan pada awal bulan ini, Yang Jinjun, bekas pegawai perbandaran dituduh terlibat rasuah yang telah tinggal di AS selama 14 tahun telah dikembalikan ke China.

Penghantaran balik itu telah dimudahkan dengan satu rundingan persetujuan dalam bulan April antara Washington dan Beijing, walaupun kedua-dua negara itu kekurangan perjanjian ekstradisi rasmi.

Pada Khamis, Kuang Wanfang, seorang wanita China disabit bersalah dan dipenjara di AS kerana keterlibatannya dalam skim untuk mencuri hampir AS$500 juta dari bank China milik kerajaan, yang juga telah dihantar balik ke China.

ARTIKEL YANG SAMA