Ahli perniagaan Malaysia ditembak mati di Hatyai

Ahli perniagaan Malaysia ditembak mati di Hatyai

HATYAI, 4 Dis (Bernama) – Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah hari tadi oleh pihak yang belum dikenali semasa dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla.

Mangsa dikenali sebagai Lee Ah Wan, 54, yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla.

Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Wichapan Chantaraporn berkata Lee ditembak semasa berada dalam sebuah Mercedes Ben S300 bersama teman wanitanya yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau berkata penembak yang berada dalam sebuah kereta menggunakan raifal M16 untuk melepaskan berpuluh-puluh tembakan ke arah kereta mangsa di Jalan Kanchanavanich, Kampung Klongplom, Mukim Thunglung, Hatyai.

Lee terkena lebih 10 das tembakan di kepala dan badan serta terdapat berpuluh kesan tembakan pada keretanya, kata Wichapan.

ARTIKEL YANG SAMA