Ahli perundangan Jepun kunjungi Yasukuni

Ahli perundangan Jepun kunjungi Yasukuni

TOKYO, 20 Okt – Berpuluh penggubal undang-undang Jepun melawat Tempat Suci Yasukuni Tokyo hari ini, termasuk seorang menteri kabinet baru, dalam satu tindakan yang mungkin menimbulkan kemarahan China dan Korea Selatan, yang melihatnya sebagai simbol faham ketenteraan lampau Tokyo.

Tempat suci Tokyo menghormati berjuta-juta mangsa korban peperangan Jepun, tetapi juga termasuk beberapa tentera tertinggi dan tokoh politik yang disabit bersalah melakukan jenayah perang.

Sebuah muzium berkembar menggambarkan Jepun lebih sebagai mangsa penindasan AS dalam Perang Dunia Kedua dan tidak membuat rujukan kepada kekejaman tentera Jepun apabila mereka menyerang Asia.

Lawatan ke tempat suci oleh ahli politik kanan Jepun sering menerima reaksi marah daripada Beijing dan Seoul.

Kumpulan 73 ahli politik dan 96 wakil penggubal undang-undang lain mengunjungi tempat suci itu hari ini untuk menyambut pesta musim luruh, sebelum rundingan tiga pihak di antara China, Jepun dan Korea Selatan yang dijangka diadakan dalam masa dua minggu.

Katsunobu Kato, diramalkan pada awal bulan ini sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam portfolio yang baru ditubuhkan bertujuan merangsang pekerjaan, mengadakan lawatan ke tempat suci itu pada tengah hari untuk menandakan pesta musim luruh, kata media tempatan.

Lawatan diadakan selepas menteri hal ehwal dalam negeri Sanae Takaichi, sekutu rapat Abe, dan Menteri keadilan Jepun Mitsuhide Iwaki mengadakan kunjungan pada Ahad, sementara Abe, seorang penyokong kuat tempat suci itu, membuat persembahan ritual pada Sabtu.

Perdana menteri itu sendiri tidak dijangka mengadakan lawatan kali ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA