Ahli perundan...

Ahli perundangan prodemokrasi HK kecam ‘serangan ganas’

HONG KONG, 9 Jan – Ahli perundangan prodemokrasi Hong Kong, Nathan Law membidas hari ini ke atas ‘serangan ganas’ daripada para pembantah pro-China di lapangan terbang bandar itu selepas dia pulang dari forum politik di Taiwan.

Law, 23 tahun berdepan dengan khalayak ramai di dewan ketibaan lewat kelmarin.

Penunjuk perasaan yang menuduh Law menyokong kemerdekaan bagi Hong Kong, telah berteriak, melontar cecair ke arah mukanya dan cuba memukulnya ketika pengawal bergelut untuk membawanya pergi.

Ia berlaku selepas Law dan para aktivis pro demokrasi Hong Kong lain termasuklah Joshua Wang, telah disambut oleh para pembantah pro-China di Taipei ketika mereka tiba menghadiri forum itu pada Sabtu.

Forum dua hari itu adalah pertukaran pandangan antara pergerakan demokrasi di Hong Kong dan Taiwan.

Edward Yui (kiri) melihat Nathan Law memegang gambar kecederaan yang dialami selepas diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semasa pulang dari Taiwan, pada 9 Januari. – AFP
Edward Yui (kiri) melihat Nathan Law memegang gambar kecederaan yang dialami selepas diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semasa pulang dari Taiwan, pada 9 Januari. – AFP

“Tidak ada keadilan atas keganasan itu, malah dari segi patriotisme,” kata Law dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya akan terus berjuang bagi demokrasi dan hak penentuan nasib sendiri rakyat Hong Kong.”

Semasa sidang media petang hari ini, dia menggambarkan penyerang sebagai contoh ‘gengster politik’ dan menuduh Parti Komunis China cuba untuk menekan pergerakan demokratik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA