Ahli PGGMB pilih AJK

Ahli PGGMB pilih AJK

Oleh Salawati Haji Yahya & Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Ahli-ahli Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) telah mengadakan Majlis Pengundian bagi Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB Sesi 2016-2019 yang dijalankan di keempat-empat daerah secara serentak, hari ini.

Di Daerah Brunei dan Muara, majlis pengundian calon bagi jawatan Timbalan Yang Di-Pertua, Pengerusi Tetap dan Setiausaha Kewangan berlangsung di Dewan Sekolah PGGMB Sungai Akar di mana lebih 1,000 orang ahli menghadirinya.

Ketika ditemui pada majlis itu, Ketua Pegawai Ehwal Ahli, Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Tengah selaku Setiausaha Lembaga Pemilihan menjelaskan, pemilihan jawatankuasa tertinggi ini merupakan salah satu dasar yang telah diperuntukkan dalam undang-undang persatuan untuk memilih lima anggota jawatankuasa tertinggi PGGMB.

Bagaimanapun, ujarnya, pada tahun ini dua jawatan tidak di pertandingan iaitu bagi jawatan Yang Di-Pertua dan Setiausaha Agung.

“Dengan kehadiran dan sokongan ahli yang datang mengundi diharap akan bertambah jumlah dan apa yang dihasratkan oleh persatuan ini akan tercapai seterusnya pemilihan ahli yang tetap akan membawa perubahan yang lebih baik berbanding pada tahun sebelumnya,” tambahnya lagi.

Antara yang hadir membuat pendaftaran pada Majlis Pembuangan Undi bagi Pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB Sesi 2016-2019.
Antara yang hadir membuat pendaftaran pada Majlis Pembuangan Undi bagi Pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB Sesi 2016-2019.
Salah seorang ahli PGGMB memasukan kertas undian ke dalam peti kotak undi.
Salah seorang ahli PGGMB memasukan kertas undian ke dalam peti kotak undi.
Semasa pembuangan undi dijalankan yang terdiri daripada ahli-ahli PGGMB di Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Kampung Sengkarai, Tutong.
Semasa pembuangan undi dijalankan yang terdiri daripada ahli-ahli PGGMB di Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Kampung Sengkarai, Tutong.

Manakala itu, majlis pembuangan undi di Daerah Tutong telah diadakan di Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Kampung Sengkarai, Tutong, Daerah Belait pula di Dewan Sekolah Tunas Jaya PGGMB, Jalan Pandan 6, Kuala Belait, dan Dewan Sekolah Rendah Sultan Hassan, Pekan Bangar bagi Daerah Temburong.

Enam calon bertanding bagi tiga jawatan yang dipertandingkan dengan dua calon bagi setiap jawatan, sementara itu, bagi jawatan Yang Di-Pertua dan Setiausaha Agung tidak dipertandingkan kerana calon-calonnya menang tanpa bertanding.

Dianggarkan 1,600 orang ahli PGGMB layak membuang undi dan ahli-ahli juga dibenarkan membuang undi di mana-mana daerah mereka berada sewaktu tempoh pembuangan undi dari jam 8 pagi hingga 3 petang.

Keputusan pemilihan akan diumumkan pada Mesyuarat Agung Perwakilan PGGMB ke-66 bagi Tahun 2015-2016 akan diadakan pada 29 Mei 2016.

ARTIKEL YANG SAMA