Ahli politik cetus kebakaran atas sungai

Ahli politik cetus kebakaran atas sungai

SYDNEY, 24 April – Seorang politik Australia telah membakar sebatang sungai untuk menarik tumpuan ke atas gas metana yang menurutnya meresap ke dalam air akibat keretakan hidraulik (fracking), dengan video dramatik menarik minat lebih dua juta penonton.

Ahli parlimen Greens, Jeremy Buckingham menggunakan pemetik api dapur untuk menyalakan buih-buih metana dalam Sungai Condamine di Queensland, kira-kira 220 kilometer barat Brisbane.

Video itu menunjukkannya dia melompat ke belakang dalam keadaan terkejut, ketika api menjulang naik sekitar bot kecil.

“Luar biasa, Sungai terbakar. Jangan biarkan ia membakar bot,” Buckingham, dari New South Wales berkata dalam rakaman yang dihantar ke Facebook petang Jumaat lalu, yang telah ditonton lebih dua juta kali.

“Luar biasa, perkara yang paling sukar dipercayai telah saya saksikan.  Satu tragedi di Lembangan Murray-Darling (sistem sungai),” katanya dengan mengatakannya ia berpunca daripada perlombongan gas lipit arang batu atau fracking.

Para petani dan para pemilik lain bimbang fracking, iaitu kaedah pengekstrakan yang mana air tekanan tinggi dan kimia digunakan untuk memisahkan batu-batuan, boleh mencemari sumber air dalam tanah.

Lembangan Murray-Darling adalah rangkaian sungai  yang terletak satu juta kilometer persegi di seluruh lima buah negeri Australia.

Tetapi pihak industri mengatakan amalan itu selamat dan perlombongan gas lipit arang batu adalah bahagian penting percampuran tenaga ketika dunia mencari sumber bahan api yang lebih bersih.

Origin Energy, yang mengendali telaga di rantau itu berkata ia sedang mengawasi buih itu.

“Kami menyedari akan kebimbangan berhubung buih-buih di Sungai Condamine, terutamanya video baru-baru ini yang menunjukkan bahawa gas keluar dengan semula jadi boleh berapi bila dinyalakan,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Perbadanan Penyiaran Australia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA