Ahli politik kanan China kunjungi Jepun

Ahli politik kanan China kunjungi Jepun

BEIJING, 12 Okt – Penggubal dasar undang-undang luar negeri tertinggi China akan mengunjungi Jepun esok (Selasa) bagi dialog politik peringkat tinggi, dalam hubungan sedikit berpulih terbaru antara pesaing Asia meskipun terbabit dalam pertikaian dan ketegangan wilayah.

Lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Yang Jiechi itu yang diumumkan hari ini oleh kementerian luar negeri Beijing, akan menjadi diplomat peringkat tertinggi China yang membuat lawatan rasmi ke Jepun setelah beberapa tahun.

Yang dijadualkan akan menemui Perdana Menteri Shinzo Abe pada Rabu, menurut kementerian luar negeri Jepun di Tokyo.

Ia akan menjadi lawatan pertamanya ke Jepun sejak dia menjadi Ahlu Dewan Undangan Negeri pada 2013, setahun selepas hubungan dingin berikutan pemiliknegaraan Tokyo ke atas pulau bertikar di Laut China Timur.

Meskipun hubungan perdagangan rapat antara ekonomi kedua dan ketiga besar dunia itu, hubungan itu juga disuramkan dengan pertikaian berhubung sejarah masa perang. Beijing bulan lalu mengadakan perarakan tentera untuk meraikan ulang tahun ke-70 kekalahan Perang Dunia II Jepun.

Semasa lawatannya tiga hari ini, Yang akan bertemu dengan ketua Majlis Keselamatan Negara Jepun, Shotaro Yachi sebagai sebahagian daripada siri pertemuan berterusan antara kedua-dua buah negara, berikutan yang pertama di Beijing pada Julai, menurut jurucakap kementerian luar negeri, Hua Chunying memberitahu taklimat biasa.

Lawatan itu muncul ketika media Jepun melaporkan kira-kira empat rakyatnya telah ditahan beberapa bulan kebelakangan atas pertuduhan mengintip di China, kes pertama berlaku sejak 2010. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA