Ahli politik letak jawatan berhubung skandal rasuah

Ahli politik letak jawatan berhubung skandal rasuah

SEOUL, 29 Jun (AFP) – Ahli politik dan calon presiden Korea Selatan meletak jawatan semalam sebagai ketua parti pembangkang baru yang telah diselubungi skandal rasuah.

Ahn Cheol-Soo, bekas jutawan perisian IT (teknologi maklumat), meletak jawatan sebagai pemimpin bersama Parti Rakyat, di tengah dakwaan anggotanya menerima berpuluh ribu dolar dalam wang sogokan daripada dua syarikat tempatan sebelum pilihan raya perundangan pada April.

“Semua tanggungjawab politik untuk kes ini bergantung pada saya. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi bersama untuk memikul kesemua tanggungjawab,” beritahu Ahn kepada wartawan.

Ahn, yang amat popular dengan pengundi lebih muda, menjadi terkenal sebagai calon bebas dalam pilihan raya presiden 2012.

Beliau menarik diri daripada perlumbaan untuk menyokong calon pembangkang utama Moon Jae-In, yang akhirnya tewas kepada calon konservatif Park Geun-Hye.

Ahn dan Moon dijangka bertanding sekali lagi dalam pilihan raya presiden akan datang pada Disember 2017.

ARTIKEL YANG SAMA