Ahli politik Libya meterai perjanjian perpaduan

Ahli politik Libya meterai perjanjian perpaduan

SKHIRAT, Maghribi, 18 Dis (AFP) – Ahli-ahli politik Libya yang bersaing menandatangani perjanjian semalam untuk membentuk kerajaan perpaduan di sebalik tentangan dari kedua belah pihak, dalam apa yang disifatkan oleh PBB ‘langkah pertama’ ke arah menamatkan krisis negara itu.

Kuasa-kuasa dunia menggesa puak-puak yang bersengketa supaya memecahkan kebuntuan politik yang telah membolehkan para pejuang jihad dan penyeludup orang berkembang sejak kejatuhan diktator Muamar Gaddafi pada tahun 2011.

Sekumpulan ahli undangan dari parlimen-parlimen Libya yang bersaing dan juga ahli-ahli politik lain, telah memeterai perjanjian yang ditaja PBB di peranginan Maghribi, Skhirat,” menurut seorang wartawan AFP.

Kira-kira 80 dari 188 ahli undangan dari parlimen yang diperakui antarabangsa dan 50 dari 136 anggota Kongres Kebangsaan Besar di Tripoli (GNC) telah menandatangani perjanjian, menurut para peserta.

Perwakilan GNC Libya, Salih el-Mahzum dan perwakilan Muhammed Shuayb kerajaan berpangkalan di Tobruk Libya, Perwakilan khas daripada Setiausaha Agung PBB dan Ketua Misi Bantuan PBB di Libya (UNSMIL), Martin Kobler dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Maghribi, Salaheddine Mezouar (tengah) ketika mengadakan sidang akhbar di Maghribi. – Reuters

Ia menggesa kerajaan 17 anggota yang diketuai oleh ahli perniagaan Fayez el-Sarraj sebagai perdana menteri dan termasuklah dua orang wanita, beribu pejabat di Tripoli. Juga akan diwujudkan majlis presiden bagi tempoh peralihan dua tahun sehingga pilihan raya perundangan.

Duta Perancis, Antoine Sivan berkata dalam satu kenyataan Majlis Keselamatan PBB akan membentuk resolusi dalam tempoh beberapa hari ‘dengan mengiktiraf kerajaannya sebagai satu-satunya kerajaan Libya yang sah.”

Tetapi perjanjian itu telah mengakibatkan perpecahan dalam dua perundangan Libya.

Anggota GNC Mahmoud Abdelaziz mengatakan “Terdapat dua parlimen dan dua kerajaan. Kini mereka akan mengenakan kerajaan ketiga ke atas kami daripada menyatukan dua pihak berkuasa yang bersaing.”