Ahli politik ternama Kemboja meninggal dunia

Ahli politik ternama Kemboja meninggal dunia

PHNOM PENH, 9 Jun (dpa) – Chea Sim, presiden parti pemerintah Parti Rakyat Kemboja (CCP) dan bekas pemimpin ketika peralihan negara tersebut pada 1990, meninggal dunia kelmarin pada umur 82 tahun, menurut laporan berita.

Chea Sim juga merupakan presiden Senat, telah dalam keadaan kurang sihat di beberapa bulan kebelakangan, dan terbaru mendapatkan rawatan di Vietnam berikutan masalah paru-paru, menurut laporan Phnom Penh Post.

Dia meninggal kira-kira 3:45 petang, Phnom Penh Post memberitahu memetik kata dari ketua pengawal keselamatannya.

Chea Sim merupakan pemimpin sementara negara tersebut di tahun 1992-93, sebagai pengerusi Majlis negara, sebelum ia beralih ke perlembagaan beraja. Dia juga memangku sebagai pemimpin negara itu di tahun 1994, 1995 dan 2004.

Dia memimpin puak dalam CPP yang sering menyuarakan tentang ahli parti sama Perdana Menteri, Hun Sen, laporan the Post menambah.

Usia tua dan kegagalan kesihatan menyebabkan dia kurang aktif di tahun kebelakangan.

Agensi berita Kyodo Jepun mengatakan Chea Sim menderita akibat kencing manis dan beberapa lagi penyakit sebelumnya meninggal.

ARTIKEL YANG SAMA